sebenarnya saya masih belum delete permanently mukabuku saya yang beralamat seperti di bawah :
http://www.facebook.com/annfieanca
saya baru men'deactivate'kan akaun facebook itu tapi saya sedang berkira-kira untuk menghapuskan terus akaun tersebut .
kenapa??
disini saya akan menyenaraikan sebab-sebabnya :
1. privacy concern - untuk pengetahuan rakan-rakan , ketiga-tiga ex-bf saya ada di dalam friendist saya (terkenang cinta lama sangat menyakitkan . serius tak tipu )
2. mengelakkan berlakunya perselisihan faham . pernahkah korang terfikir bahawa facebook juga boleh menyebabkan pergaduhan atau perselisihan faham
diantara kita dan sahabat-sahabat maya kita ataupun adik beradik kita? (kalau adik beradik kita pun ada facebook lah)
ya ! mungkin kedengaran agak pelik tetapi yang pelik itu adalah benar .
3. facebook sering meng'publish post without prompted me .
ya ! saya sangat marahkan facebook kerana sering meng'publish sesuatu tanpa pengetahuan saya . akibatnya , saya telah kantoi mengambil kuiz 'artis manakah yang sesuai dengan anda ' itu berulang kali . sudahkah anda mencuba kuiz tersebut ?? saya cadangkan tak payah .
oleh kerana saya tidak berpuas hati kerana keputusan yang saya dapat ialah "Anuar Zain"
,saya telah mengambil kuiz itu berulang kali ( hampir 10 kali rasa saya ) kerana cuba mendapatkan keputusan "Remy Ishak " .
Dan facebook telah meng'publish kesepuluh-sepuluh keputusan saya itu tanpa saya sedari.
oh ! sungguh memalukan . saya menjerit
(saya telah mencuba sedaya upaya mendelete post tersebut dalam keadaan network seperti siput yang mengensot-ensot). maluuu lah saya . oh tidak !
4. "sudah add lepas itu buat bodoh saje " . saya tension dengan mereka yang meng'add saya kemudian tidak langsung ingin bertegur siapa dengan saya .
(mungkin mereka cuma ingin jadikan saya koleksi
5. saya selalu di 'tag' dengan gambar-gambar duit - jika mereka ingin berkongsi duit dengan saya takpa lah , saya lebih teruja ,tapi ini tidak! (saya pernah juga di 'tag' dengan gambar lelaki botak yang tersengih tanpa gigi memegang duit berjuta3 di tangan ).
sampaikan kawan saya pernah menyindir saya "wah..kaya betul pakwa kau !" grrrrr . pernahkah korang mengalami situasi seperti saya ?
disini saya ingin menjelaskan sebenarnya saya telah menjadi mangsa tag "LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT & etc ." saya sangat tak suka .
walaupun begitu , saya sebenarnya amat merindukan ber'facebooking seperti dulu . InsyaALLAH saya akan membuat akaun facebook baru atau mengaktifkan semula akaun yang terdahulu . tapi tunggulah bila dah sampai seru . (:
hamid gurga pon handsome apa..
ReplyDeletekeh..keh..keh