Saturday, September 25, 2010

Kasi sikit cerita raya.

Tahu tak apa yang saya nampak ketika on the way ke kampung di hari raya pertama ??

Tak nampak eh?? Oke saya zoom lagi .
Can u see that my dear ? Subhanallah .


Di pagi 1 syawal :

Abang dan abah ke masjid solat hari raya.
Duit raya saya pada pagi raya pertama. Raya kedua dan seterusnya tak campur lagi. hehe.


Seterusnya saya ingin membariskan askar-askar mak :

kenapa senget ni. tolong rotatekan gambar2 chomel ni. pleasee.











Ini posing apa saya tak tau. Mungkin mereka boleh membentuk ka-me-ha-meha. Mungkin.


Aisya
Nak tau tak apa panggilan yang aisya gunakan untuk panggil saya?? Mak Tutu. Ye mak tutu ( it supposed be Mak Usu tp sebab dia pelat jadilah mak tutu. So sweet.) 

Mohamad




Qalesya

Kuat tak askar-askar mak saya? Chomel kan? 



Demo mintak duit raya. Versi sopan. -_-"

Kawan-kawan 

Ini dengan kawan-kawan di kolej. Kat pasaraya pun boleh dikira raya kan. 
**Bersambung..







Friday, September 17, 2010

Tak cakap banyak.



Gambar raya yang tak berapa nak raya



Saya tau betapa kurangnya saya mengupdate belog sejak akhir-akhir ini . Kamu boleh marah saya sekarang . Cepat . Sekarang .

Sejujurnya saya baru sembuh dari kesakitan yang tak ada penawar saya rasa. Semalam saya menangis lagi. Sedih sangat. Sangat sedih.

 Ini semua sepatutnya saya luahkan di diari dengan menggunakan marker pen  dan disimbahi titisan hingusan yang keluar seiring bersama air masin yang meleleh dari mata....euuww apa ni ann! Maafkan saya. T_T) Tapi disebabkan arus kemodenan kini semuanya nak diluahkan di belog , facebook , twitter, myspace , tagged , friendster , formspring dan segala macam laman soosial yang lain . Tapi saya cuma luahkan kat sini je tau. Serius tak tipu.

Semua ni gara-gara hati yang cedera terkena pisau gillete . Oh itu saya tipu. Otak saya kini semakin ligat berfikir seperti kereta yang menggunakan minyak Primax 97 untuk lebih kilometer. Uwaaa.. saya merapu-rapu pun tetap tak dapat hilangkan rasa sedih saya !  T_T)

Jaga diri molek-molek ye semua. Raya happy happy. Saya akan update cerita raya bila hati saya sudah normal .
Salam sayang.







Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya.


Oke saya tau saya dah lambat . Esok dah raya baru ni sempat buat entry raya. 

Jadi , sekarang saya ingin menyusun 10 jari jemari saya mengikut turutan tertib asal meminta duit raya kepada semua . eh bukan lah, meminta ampun dan maaf kepada semua sekiranya pernah ter'excident' kat mana-mana pastu buat dek aje , terlanggar bahu tak cakap sorry , termasam muka , terkata yang bukan- bukan , termarah yang tak tentu pasal (itu bila datang bulan biasanya), terpukul kat mana- mana , ter'moody' tak semena-mena , ter'tak balas mesej atau komen kat facebook , ter'tak angkat call , dan segala macam 'ter' yang saya buat . eh bukan macam tu lah, segala macam salah yang saya buat sama ada sedar atau pengsan saya minta ampun & maaf ya . 

Kadang- kadang kita memang tak sedar apa yang kita buat kalau tak ada yang tegur atau ingatkan kita. Jadi sempena syawal ni kita tarik nafas hembus & cuba positifkan diri kita , ikhlaskan hati , lupakan semua yang dah berlalu dan buka buku baru ya ! Semoga semuanya bergumbira di hari raya ini . Berhati - hati pulang ke kampung . Selamat beraya & selamat bergaya (: