Wednesday, December 29, 2010

Saya cakap dengan awak ni.

Saya sekarang tengah stressed out and depressed gila-gila punya.
Tapi takde tempat nak cerita dan takde bahu nak tumpang nangis. Saya pinjam bahu awak sekejap boleh? bolehlah. Please.


Kalau cerita kat diari nanti dia duduk diam je tak de respons and then i'm starting to cry and bla bla bla.


I know I got haters out there. They wish to bring me down. People yang takde kerja and brainless cenggitu akan sentiasa nak condemmed kita. Saya ingat saya sorang je perasan semua tuh tapi tak sangka ada juga yang bercerita hal yang sama. Mungkin sebab tuh saya susah nak percaya dan rapat dengan seseorang sebab bukan senang nak cari kawan yang betul-betul punya kawan. Time kita menangis dia ketawa tuh ramai.


I have too many friends have walk in and walk out at every stage of my life. Saya akan pergi and make a move bila dapat tahu ada orang nak take advantages or suka cakap belakang-belakang, memang tiada maaf bagimu. Tapi , lekat di kepala, I don’t hate them :) 




PEACE ^_^)v







Sunday, December 19, 2010

Perhatian. Perhatikan.




Oke ! URL belog dah ubah.
Anda sekarang berada di highway yang betul.
Tolong jangan alihkan kenderaan ke lorong bertentangan. 
heh.


Jangan nanti cakap, 


"Eh eh! aku tak jumpa belog kau lah!  kenapa delete. "
Then, nanti I nk kena jawap kat sorang-sorang ,


" Eh I dah pindah rumah lah. Ni alamat &  this my card. "


hape lah. -_-")


Pasni saya nak modified lagi belog nih.
Tapi tunggu habes Final projek. I'm promised.


http://cumabelogsaya.blogspot.com/

P/S : Thanks to all my readers & VVIP.
Lebiu all.

Tuesday, November 30, 2010

Nantikan.


P/S : Abaikan tajuk entry tuh sebab
 kat panggung comfirm tak kan keluar. hehe. 


Thursday, November 25, 2010

Cuma lirik.

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
.............................

You feel so helpless

You can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side...


InsyaALLAH..



Monday, November 15, 2010

Berat turun lagi. Hati susah sangat.

Eleh, tajuk nak kompleks. Cakap jelah kau sakit kan senang. Biar semua orang tau, kesakitan itu tiada pura-pura. 


Penat tau saya beratkan badan saya. Baru nak naik sikit. Dah turun lagi.
Entry kali ni biarlah saya buat secara sopan tanda ingin mengekspresikan kesakitan maha hebat yang terdetik.


4 November 2010, 3.13 a.m

Dah 5 hari demam tak baik-baik. Tiba-tiba pagi tuh, perut sakit macam nk malatop. T_T
Family bergegas bawa saya ke hospital, bahagian kecemasan. Cek punya cek. Kena tahan kat wad. Doktor mengesahkan saya apendiks. Memang dah lama saya jangka. Siapa tak tahu apendiks tuh sardin brand apa buleh rujuk sini.

Saya tak di benarkan makan walaupun sesuap sehingga hari pembedahan nanti. Kejam. Badan dah tak berdaya. Tenaga tak ada. Saya cuba pujuk diri saya. Tuhan sedang menguji kata mak. Tapi mak pun nangis jugak. 

6 November 2010, 9.00 p.m.
Perasaan bercampur baur macam rojak petis. Sedapnyaa rojak.
tapi tiada guna sebab tak bleh makan lagi. T_T
Saya dibawa ke bilik bedah. Apa yang saya perasan waktu tu, ada dalam 7-8 orang doktor mengelilingi saya. Selak sana. selak sini.  Aduuh, malunya. Yang terdetik kat hati, kenapa aku tak pengsan-pengsan ni !
Dan bila lampu operation menyala. Saya pun padam.

6 November 2010, 11.40 p.m
Pembedahan selesai. Sayup-sayup terdengar nama di panggil. Ayat nk sayup-sayup lagi. Saya rasa waktu tuh cuma sakit. sakit. dan sakit. Rasa nak je marah doktor tuh, kenapa kejutkan saya doktor!  Tapi tak jadi.
Last-last tanya pada diri sendiri " Oh Tuhan! hidup lagikah aku? Kenapa?! " T_T

Sehingga hari ni, kesakitan itu masih milik saya. Doakan saya kuat. Doakan saya. Ann, cepatlah sehat. Cepatlah. sehat nanti boleh pergi betulkan aircond kereta, boleh siapkan final projek cepat-cepat , banyak sangat kerja yang tertangguh tuh. bye saya nak nangis.  

Thursday, October 21, 2010

Magikah?

Saya tak tau kenapa tajuk entry kali ni berbunyi macam tu. Tapi dah lama saya tak update blog. Nak marah saya tak?
Saya sibuk dengan final projek dan assignment yang menimbun-nimbun tanpa belas kasihan.
Baiklah saya gabungkan kesemua cerita di dalam entry kali ni.


Magika


Magika bukan sejenis kuih atau tali skipping tapi sebuah filem yang best.
Saya dah pergi tengok cerita ni berminggu-minggu yang lepas tapi tak sempat nak update. Cerita ni ala-ala Alice in Wonderland (buku cerita yang saya baca ulang-ulang masa kecik-kecik dulu) Thumbs up untuk KRU Studio sebab buat cerita best.
Siapa yang belum pergi tengok tolong ajak saya pergi sekali sebab saya nak tengok lagi. -_-








Hot FM Mini Jam 


Saya sempat ke Hot FM Mini Jam yang diadakan di Dataran Penggaram Batu Pahat Johor hari itu. Tapi tak banyak gambar yang dapat saya snap sebab saya tak larat nak berpusu-pusu ke depan pentas dalam keadaan cuaca panas.Mana taknya, konsert start jam 3 petang. (waktu-waktu best tidur kat umah kan) -_-


Antara artis yang hadir ialah Meet Uncle Hussein, Black , Bunkface , Nabil , Jinbara , Alyah , dan penyampai-penyampai HotFM. Memang happening walaupun panas. 



Thanks Kak Fara snap kan picture ni untuk kami walaupun saya macam tersepit kat situ. -_-




Selamat Hari Tua.

Gambar-gambar seterusnya ialah gambar ketika menyambut hari pertambahan umur kawan baik saya yang diadakan secara terkejut (surprise) di KFC.













Kredit gambar kepada Sky Nur & Hearty Qu tersayang.


20102010


Hari lahir abah yang ke ? Saya tak tau yang keberapa sebab abah cakap biarlah rahsia. sat gi saya gi cek IC dia. heh.
-_-


Apa-apa pun Selamat Hari Lahir abah semoga diberkati usia oleh yang Maha Esa dan di murahkan rezeki. Semoga kebahagiaan di sisimu selalu. Saya sayang abah saya. ^_^)V

Sunday, October 3, 2010

Raya Part 2

Gambar raya terlalu banyak. Jadinya, entri kali ini saya cuma upload 22 gambar  terpilih sahaja. ya cuma 22 finalis. Gambar-gambar ini ketika sambutan glamour raya di kolej.


Pada hari terbabit , kamera saya telah kehabisan bateri atau dengan erti kata lain terlupa cas dan mengakibatkan bateri kekongan. Ade ke perkataan kekongan tu? Tak de lah kan. Ann tolong jangan reka perkataan sendiri. Please. Maaf ye tapi apa yang saya cuba cakap kat situ ialah bateri kamera saya kong. -_-")


Oke sekarang kita sambung, hampir keseluruhan gambar-gambar ini bukan dari saya tapi adalah dari belas ehsan rakan dan taulan. Terima kaseh daun kari kawan-kawan.


Persiapan bermula.








Beliau praktis senyum untuk hari esok.



Hari ini hari raya.



Di atas karpet merah.

Saya suka gambar candid yang buat saya nampak gemuk. hebat.
Menandatangani attendent.


Multimedia Club..
Sangat sedap.
Menu : Makaroni Goreng & Pie daging.




Mengenyangkan perut.



Tolong kutip sampah tu ann. Please.

Seterusnya rumah jiran-jiran.


Softnet Club.








Hujan emas di negeri orang. Saya bertuah menang cabutan bertuah. Balek rumah hamper kena serang dengan anak-anak sedara yang bertuah. Yang tinggal hanyalah tupperware kosong.






Tolong fokus pada bunga itu.






Grafic Club : English. Bahasa melayu : Kelab Grafik.

















Tamatlah sudah 22 gambar yang berjaya saya upload. Yeay ! Sangat penat menunggu. Yeay! Itu pun nak yeay! jugak ke ann.













Sekian sahaja cerita raya. Lepas ini cerita bukan raya. Raya dah habes lah. sob. sob. ):
Di kesempatan ini saya ingin mintak maaf pada mana-mana jemputan rumah terbuka kawan-kawan yang tak dapat saya hadir. Saya tak berkesempatan pada tahun ini. Insyaallah panjang umur kita akan berjumpa pada raya tahun hadapan ya. (:








Saturday, September 25, 2010

Kasi sikit cerita raya.

Tahu tak apa yang saya nampak ketika on the way ke kampung di hari raya pertama ??

Tak nampak eh?? Oke saya zoom lagi .
Can u see that my dear ? Subhanallah .


Di pagi 1 syawal :

Abang dan abah ke masjid solat hari raya.
Duit raya saya pada pagi raya pertama. Raya kedua dan seterusnya tak campur lagi. hehe.


Seterusnya saya ingin membariskan askar-askar mak :

kenapa senget ni. tolong rotatekan gambar2 chomel ni. pleasee.











Ini posing apa saya tak tau. Mungkin mereka boleh membentuk ka-me-ha-meha. Mungkin.


Aisya
Nak tau tak apa panggilan yang aisya gunakan untuk panggil saya?? Mak Tutu. Ye mak tutu ( it supposed be Mak Usu tp sebab dia pelat jadilah mak tutu. So sweet.) 

Mohamad




Qalesya

Kuat tak askar-askar mak saya? Chomel kan? 



Demo mintak duit raya. Versi sopan. -_-"

Kawan-kawan 

Ini dengan kawan-kawan di kolej. Kat pasaraya pun boleh dikira raya kan. 
**Bersambung..