Friday, August 27, 2010

Pen'delete'an Facebook .

Baiklah , sekarang saya ingin merungkai persoalan di sebalik pen'delete'an facebook saya .(wah . mcm 999 rasanya . heh .)








sebenarnya saya masih belum delete permanently mukabuku saya yang beralamat seperti di bawah :
http://www.facebook.com/annfieanca


saya baru men'deactivate'kan akaun facebook itu tapi saya sedang berkira-kira untuk menghapuskan terus akaun tersebut .


kenapa??
disini saya akan menyenaraikan sebab-sebabnya :


1. privacy concern - untuk pengetahuan rakan-rakan , ketiga-tiga ex-bf saya ada di dalam friendist saya (terkenang cinta lama sangat menyakitkan . serius tak tipu )


2. mengelakkan berlakunya perselisihan faham . pernahkah korang terfikir bahawa facebook juga boleh menyebabkan pergaduhan atau perselisihan faham
diantara kita dan sahabat-sahabat maya kita ataupun adik beradik kita? (kalau adik beradik kita pun ada facebook lah)
ya ! mungkin kedengaran agak pelik tetapi yang pelik itu adalah benar .


3. facebook sering meng'publish post without prompted me .
ya ! saya sangat marahkan facebook kerana sering meng'publish sesuatu tanpa pengetahuan saya . akibatnya , saya telah kantoi mengambil kuiz 'artis manakah yang sesuai dengan anda ' itu berulang kali . sudahkah anda mencuba kuiz tersebut ?? saya cadangkan tak payah .


oleh kerana saya tidak berpuas hati kerana keputusan yang saya dapat ialah "Anuar Zain"
,saya telah mengambil kuiz itu berulang kali ( hampir 10 kali rasa saya ) kerana cuba mendapatkan keputusan "Remy Ishak " .


Dan facebook telah meng'publish kesepuluh-sepuluh keputusan saya itu tanpa saya sedari.
oh ! sungguh memalukan . saya menjerit terguling-guling apabila ada dikalangan rakan facebook saya yang meng"like" post tersebut apabila salah satu keputusan saya adalah "HAMID GURGA" .
(saya telah mencuba sedaya upaya mendelete post tersebut dalam keadaan network seperti siput yang mengensot-ensot).  maluuu lah saya . oh tidak ! 


4. "sudah add lepas itu buat bodoh saje " .  saya tension dengan mereka yang meng'add saya kemudian tidak langsung ingin bertegur siapa dengan saya .
(mungkin mereka cuma ingin jadikan saya koleksi busana hari raya.) Itu saya tak tau lah .


5. saya selalu di 'tag' dengan gambar-gambar duitjika mereka ingin berkongsi duit dengan saya takpa lah , saya lebih teruja ,tapi ini tidak! (saya pernah juga di 'tag' dengan gambar lelaki botak yang tersengih tanpa gigi memegang duit berjuta3 di tangan )
sampaikan kawan saya pernah menyindir saya "wah..kaya betul pakwa kau !" grrrrr . pernahkah korang mengalami situasi seperti saya ?
disini saya ingin menjelaskan sebenarnya saya telah menjadi mangsa tag "LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT & etc ."  saya sangat tak suka .




walaupun begitu , saya sebenarnya amat merindukan ber'facebooking seperti dulu . InsyaALLAH saya akan membuat akaun facebook baru atau mengaktifkan semula akaun yang terdahulu . tapi tunggulah bila dah sampai seru .  (:

Tuesday, August 24, 2010

Diari Ramadan Saya .

Oke .Walaupun saya tak puasa tapi saya nk juga buat diari ramadan . Ah saya tak kira ,
nk jugak.


Baik lah . sekarang kita mulakan . oleh sebab saya dah pun habes belaja (tinggal buat final projek aje ) jadi pada ramadan kali ini saya dapat menyambutnya disamping family terchenta . sungguh gumbira hati saya .
jadi ini lah rutin harian saya di bulan Ramadan .


4.30 a.m :  tuk tuk tuk ! pintu bilik saya di ketuk oleh abah dan terdengar suara garau berbunyi "Adikkk . Bangun sahur ! " ( itu pun untunglah kalau saya tersedar hanya dengan ketukan pintu . jika tidak saya perlu digerakkan beberapa kali barulah tersedar.  tapi biasanya saya memang tak susah bangun. tak perlulah bunyikan meriam di hadapan bilik saya untuk mengejutkan saya sebab roh saya memang selalu main dekat- dekat aje.  ) lepas aje saya celik mata biasanya saya perlu mengeluarkan siren yang berbunyi
 " ye . ye . dah bangun . " barulah abah saya akan beredar ke dapur .




4.35 a.m : ambil masa 5 minit untuk tidur sekejap je lagi membulatkan biji mata dan kemudian terus ke bilik air untuk buat apa yang patut .




Demo membulatkan biji mata

4.45 a.m : turun ke dapur . selalunya mak dah siapkan semua dan tugas saya hanyalah menyediakan pinggan dan menceduk nasi .  ya ! itu tugas khas saya . kemudian mula makan .


5.00 a.m : masih makan .


5.15 a.m : selesai bersahur . hantar pinggan ke sinki dan mengemas meja makan . (mak saya yang basuh pinggan sebab saya sejuk kena air pagi- pagi . heh. alasan kata mak )




5.30 a.m : duduk berbual - bual dengan mak & anak sedara  sementara tunggu subuh ( kalau tak pun saya masuk bilik buka laptop online mukabuku . tak pun main game ) .




Ini mukabuku pendidikan sosial saya .




5.50 a.m : semua bersiap untuk solat subuh & saya bersiap untuk tidur.


6.00 a.m : sweet dream.


9.35 a.m : bangun . buka mata . rumah masih senyap lagi . sambung tidur lagi setengah jam .


10.00 a.m : anak sedara dah riuh rendah . ambil towel & terus mandi .


10.30 a.m : jenguk mak tengah buat apa kat dapur . hari ni mak saya sudah start buat kuih lah .
kuih 'rempeyek' namanya kalau tak salah .(saya tak sure apa sebenarnya nama kuih ni sebab kadang-kadang saya dengar orang panggil lempeyek lah , tempeyek lah , tempeleng lah , eh tempeleng tu tak ada . itu saya yang tambah sendiri lah . heh ) oke sambung cherita , saya tolong mak buat . walaupun tak reti tapi try juga buat.






11.00 a.m : amirul ( anak sedara ) baru balik tadika . rumah makin riuh . askar-askar mak dah balik sekolah . saya masih kt dapur tolong buat kuih .


11.15 a.m : tengok line clear tak . line clear sebab mak tolong cover ( bukan apa . kalau anak sedara nampak . dia pun nak minum sama . budak - budak baru belajar puasa .). pergi fridge minum air soya .


11.30 a.m : siap buat kuih . pergi depan . join anak sedara tengok kartun .


12.30 p.m : masih tengok kartun &sempat sakat nisa sebab geram tengok dia chomel . (nisa anak sedara paling kecil umur 3 tahun )


1.30 p.m : suruh anak sedara tukar TV3 sebab abah nk tengok buletin 1.30 . kalau dia tak nak tukar , ambil remote , tukar TV ( tukar tv tu maksudnya tukar channel lah , bukan beli tv baru tu bukan. ) , sembunyikan remote .


menjadi rebutan . remote control .



 1.31 p.m : anak sedara cari remote . buat muka tak tau je . rumah start riuh balik sebab mereka dah tak dapat tengok astro ceria . ( kalau tengok kartun mereka leka sikit .)


1.35 p.m : mak ajak keluar beli barang buat kuih .


1.36 p.m : bersiap untuk keluar . make up .


2.00 p.m : keluar dari rumah . cakap kat anak sedara tak payah ikut tinggal rumah dengan abah sebab nanti banyak kerenah . janji belikan jajan untuk mereka .


2.05 p.m : persetujuan di capai .


2.06 p.m : mula bergerak . memandu .


2.20 p.m : sampai ke destinasi . cari parking .  pusing satu econsave cari barang buat kuih . cari jajan anak sedara sebab dah janji tadi .seronok dengar lagu raya kt pasar raya . bernyanyi sama . (nyanyi slow2 je lah kuat kang orang dengar mintak signature pulak )


3.00 p.m : gerak pergi pejabat pos . ambil barang beli online hari tu . mak bayar bil ASTRO .


3.20 p.m : gerak pergi kedai tempah baju raya tu . tanya baju dah siap belum .


3.40 p.m : sampai kat kedai . Cina tu cakap belum siap lagi . 27 hb baru siap . tak sabar tunggu baju siap .


4.00 p.m : tengok bazar dah buka .wah seronoknya . teringin nak makan ayam percik . ajak mak beli ayam percik . pusing satu bazar .  (akhirnya jumpa pun kau ayam percik ! habes la kau kena makan dengan aku karang .tersenyum gumbira .) mak cakap abah suka murtabak . beli murtabak sekali lah untuk abah .


murtabak daging



ayam percik


4.20 p.m : kemudian gerak balik .


4.40 p.m : sampai rumah . anak sedara dah tercongok depan rumah tunggu jajan . suruh mereka tolong angkat barang dulu baru kasi jajan .


4.42 p.m : sama- sama angkat barang bawa masuk rumah . bagi jajan kat anak sedara & suruh mereka makan lepas buka nanti . mereka cakap 
" iye lah nak makan malam nanti lah " 


5.00 p.m : tukar baju. kemudian pergi dapur tolong mak masak untuk lauk makan malam .


5.30 p.m : goreng ikan . ratah sekor ( memang suka ratah ikan terutamanya ikan kerisi )






6.15 p.m : siap masak . kemaskan meja untuk berbuka puasa . hidang murtabak & ayam percik yang di beli kat pasar tadi .


6.30 p.m : buat air teh (abah selalu buka nak air panas ). 


6.33 p.m : terasa macam nk buat koktail buah .


6.35 p.m : tak jadi . buat air soya cincau . tuang air soya dalam jag. tambah cincau dan ais .(memang biasa buat dua jenis air time buka )




air soya

6.45 a.m : mak ajak tengok resepi buat serunding ikan bilis kat majalah Wanita . esok mak nak buat popia katanya.


7.10 p.m : semua duduk kat meja makan . tunggu azan kat radio habis.  buat muka tak malu berbuka sama .


7.20 p.m : berbuka.


7.30 p.m : semua bersiap-siap solat magrib . saya kena kemas meja makan dan hidangkan lauk makan malam sebab tak puasa.


7.45 p.m : semua turun untuk makan malam . makan sama .


8.15 p.m : mak & abah bersiap-siap nak pergi terawih. saya tak dapat terawih .bosannya duduk di rumah . tapi nasib baik anak sedara ada .


8.30 p.m : tengok tv dengan anak sedara sambil makan jajan .


9.00 p.m : tengok tv lagi .


10.00 p.m : masih tengok tv.


10.30 p.m : mak & abah dah balik terawih . saya gumbira .
mereka bawa kuih dari masjid . ada kuih lebih morih tadi . tapi anak sedara saya dah sebat dulu . saya redha . (memang selalu begitu . kuih sedap-sedap mesti habes dulu . tinggal yang kurang sedap aje .)


11.00 p.m : badan dah start penat dan perlu beradu sekarang .ngeh3~


11.05 p.m : beradu . 



 ~TAMMAT~




Saturday, August 21, 2010

Bila semua orang berbelog..saya pun nk lah.

Saya memang macam ni . bila orang buat, saya nak try buat juga . tp saya xtau nk buat apa.











belog saya tak macam belog-belog orang lain kan .semua da maju .berwarna- warni .  berlagu-lagu (lagu nanti saya cuba masukkan ya supaya tak ada yang tertido di belog saya ini). Lain orang , lain belog , lain cheritanya . Ye tak ?

oke sekarang..saya mulakan dengan perkenalkan diri saya dulu. sebab memang biasa macam ni lah . mana- mana belog pun  saya tengok macam tu.  introduction katanya . 


ann fieanca adalah nama yg saya berikan di laman-laman sosial yg saya ceburi ( perkataan ceburi tu sesuai ke? ala..kira macam yg saya joint la gitu . maaf ye bahasa melayu saya memang bersepah . heee~ ).

kawan- kawan kat kolej panggil saya dengan nama 'ann' . tp tolong sebut betul-betul ya sebab...


'Ann' tu tidak di sebut seperti menyebut huruf  'N'  tetapi disebut tanpa harkat seperti menyebut perkataan 'an + da '. ambil di bahagian depannya saja iaitu 'an'. Mudah bukan ? oke lah, mari adik-adik kita cuba sebut sama-sama... AN ! Ya betul ! AN !
Terima kaseh kerana mencuba . 

Sekarang marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku..eh eh bukan..marilah kita bersama -sama berjalan - jalan di dalam belog saya ini 


oppps...sebelum tu...PERINGATAN !


Oke..sekarang mari kita mulakan..

Sebelum itu izinkan saya mempamerkan makanan yang paling saya gila gemar di atas muka bumi ini .

Jeng ! Jeng ! Jeng !
















Ya betul ! cokelat Toblerone .


Fakta : Saya boleh menghabiskan cokelat ini secepat yang boleh tanpa ragu2.


Auta : Saya tak suka suka berkongsi cokelat ini dengan semua orang.




Seterusnya..


Ini adalah makhluk yang paling comel lah saya rasa . saya tak tau lah apa yg korang rasa sebab kita kan tak sama . saya tak kesah langsung berkongsi bantal katil dengan beliau . tapi mak saya selalu marah kalau dia mendapati beliau tido bersama saya . sebab tu saya suka sembunyikan beliau di dalam selimut saya supaya mak saya tak nampak. 




Oleh yang demikian ( wahh..mcm buat karangan BM rasanya ) . saya telah menukarkan kucing tersebut kepada ini. 




PLINK !!
Hello kitty
Fakta : Hello kitty tidak berbulu seperti kucing . Kalau ada pun , bulunya tidak lah merbahayakan kesihatan.


Auta : Kucing mempunyai bau- bau kentut bacang dengan hello kitty. 















Oke lah..sekarang...jom ikut saya jalan2..


tengok tu kawan saya happy kn melompat. saya nak joint sekali tapi masa tu saya lah yg tengah snap pic ni.
 kalau saya joint melompat sekali pasti handphone saya sudah ke laut .

menikmati keindahan matahari terbenam .
indah sungguh ciptaan Tuhan .



Oh ya..gambar2 ni diambil ketika saya dan kawan2 sedang bersuka-suki di Tanjung Emas, Muar Johor. Biasalah naluri muda remaja memang slalu begitu .




Gambar2 di sini kebanyakannya telah saya upload kn di mukabuku saya. Jadi kawan2 di mukabuku harap tidak kesah lah . saya tak ada gambar yang banyak sebab saya kurang gemar hambek gambar kerana saya tau saya cantik  tidaklah fotogenik seperti korang semua. heh.






Oke..sekarang saya nak belanja korang makan kat sini .
" The Chicken Rice Shopp , bukan sekadar nasi ayam . ketok ! " erk..( ternyanyi pulak ) . 

tapi korang perasan tak , gambar kat bawah ni kedainya dah tutup .( sebab kedai dah tutup so tak jadi belanjalah . cett  )

actually , saya pernah kerja part time kat sini . ngada- ngada nk cuba kerja . sebab dulu after SPM duduk rumah je besarkan badan . takde pengalaman kerja mcm kawan-kawan lain . jadi kat sini lah saya dapat pengalaman  (walaupun hanya 1 bulan tp sebenarnya tak sampai pun ) tapi boleh lah .




Ni muka kawan- kawan satu tempat kerja. tapi sebahagian je lah .
tak sempat lah nak ambil gambar semua .

 tersenyum simpul di depan tu salwa namanya ( senior kat sini )
yang belakang tersenyum manja tu siti . pilihlah yang mana 1 pilihan hati .

ini wan . kasihan beliau . kehausan . biasalah kerja kat bahagian kitchen cuma ada air panas .

haa ini saya . sebenarnya saya agak berat hati nk letak gambar ni sebab saya rasakan pipi saya seperti baru diadun dengan serbuk penaik . tapi tak mengapalah . grrr


kenapa berhenti kerja ? saya kerja sambil belaja . penat tak tertanggung lah .
masalah kerja + masalah belaja = tak terkejar

walaupun kerja saya cuma sebulan ( sebenarnya tak cukup 30 hari pun ) tapi saya puas sebab dapat pengalaman .sebab  pengalaman tak boleh di beli kat mana- mana kan ?  









Oh ! sememangnya banyak lagi yang nk saya kongsikan dengan korang tp jam sekarang sudah menunjukkan tepat jam 3.15 a.m. Bantal di sebelah saya seperti memanggil- manggil saya dengan irama yg amat mendayu - dayu sekali. tidak sampai hati rasanya saya hendak mengecewakan beliau . nantikan sambungan kisah saya pada entry yg akan datang ya dan Selamat berpuasa utk semua yg sudi singgah ke blog ini !










 Cekedaud ! (^_^)


P/S : tolong tinggalkan komen ye utk saya perbaiki lagi belog ini. trimas ! (^_~)