Friday, August 27, 2010

Pen'delete'an Facebook .

Baiklah , sekarang saya ingin merungkai persoalan di sebalik pen'delete'an facebook saya .(wah . mcm 999 rasanya . heh .)








sebenarnya saya masih belum delete permanently mukabuku saya yang beralamat seperti di bawah :
http://www.facebook.com/annfieanca


saya baru men'deactivate'kan akaun facebook itu tapi saya sedang berkira-kira untuk menghapuskan terus akaun tersebut .


kenapa??
disini saya akan menyenaraikan sebab-sebabnya :


1. privacy concern - untuk pengetahuan rakan-rakan , ketiga-tiga ex-bf saya ada di dalam friendist saya (terkenang cinta lama sangat menyakitkan . serius tak tipu )


2. mengelakkan berlakunya perselisihan faham . pernahkah korang terfikir bahawa facebook juga boleh menyebabkan pergaduhan atau perselisihan faham
diantara kita dan sahabat-sahabat maya kita ataupun adik beradik kita? (kalau adik beradik kita pun ada facebook lah)
ya ! mungkin kedengaran agak pelik tetapi yang pelik itu adalah benar .


3. facebook sering meng'publish post without prompted me .
ya ! saya sangat marahkan facebook kerana sering meng'publish sesuatu tanpa pengetahuan saya . akibatnya , saya telah kantoi mengambil kuiz 'artis manakah yang sesuai dengan anda ' itu berulang kali . sudahkah anda mencuba kuiz tersebut ?? saya cadangkan tak payah .


oleh kerana saya tidak berpuas hati kerana keputusan yang saya dapat ialah "Anuar Zain"
,saya telah mengambil kuiz itu berulang kali ( hampir 10 kali rasa saya ) kerana cuba mendapatkan keputusan "Remy Ishak " .


Dan facebook telah meng'publish kesepuluh-sepuluh keputusan saya itu tanpa saya sedari.
oh ! sungguh memalukan . saya menjerit terguling-guling apabila ada dikalangan rakan facebook saya yang meng"like" post tersebut apabila salah satu keputusan saya adalah "HAMID GURGA" .
(saya telah mencuba sedaya upaya mendelete post tersebut dalam keadaan network seperti siput yang mengensot-ensot).  maluuu lah saya . oh tidak ! 


4. "sudah add lepas itu buat bodoh saje " .  saya tension dengan mereka yang meng'add saya kemudian tidak langsung ingin bertegur siapa dengan saya .
(mungkin mereka cuma ingin jadikan saya koleksi busana hari raya.) Itu saya tak tau lah .


5. saya selalu di 'tag' dengan gambar-gambar duitjika mereka ingin berkongsi duit dengan saya takpa lah , saya lebih teruja ,tapi ini tidak! (saya pernah juga di 'tag' dengan gambar lelaki botak yang tersengih tanpa gigi memegang duit berjuta3 di tangan )
sampaikan kawan saya pernah menyindir saya "wah..kaya betul pakwa kau !" grrrrr . pernahkah korang mengalami situasi seperti saya ?
disini saya ingin menjelaskan sebenarnya saya telah menjadi mangsa tag "LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT & etc ."  saya sangat tak suka .




walaupun begitu , saya sebenarnya amat merindukan ber'facebooking seperti dulu . InsyaALLAH saya akan membuat akaun facebook baru atau mengaktifkan semula akaun yang terdahulu . tapi tunggulah bila dah sampai seru .  (:

1 comment:

  1. hamid gurga pon handsome apa..
    keh..keh..keh

    ReplyDelete