Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya.


Oke saya tau saya dah lambat . Esok dah raya baru ni sempat buat entry raya. 

Jadi , sekarang saya ingin menyusun 10 jari jemari saya mengikut turutan tertib asal meminta duit raya kepada semua . eh bukan lah, meminta ampun dan maaf kepada semua sekiranya pernah ter'excident' kat mana-mana pastu buat dek aje , terlanggar bahu tak cakap sorry , termasam muka , terkata yang bukan- bukan , termarah yang tak tentu pasal (itu bila datang bulan biasanya), terpukul kat mana- mana , ter'moody' tak semena-mena , ter'tak balas mesej atau komen kat facebook , ter'tak angkat call , dan segala macam 'ter' yang saya buat . eh bukan macam tu lah, segala macam salah yang saya buat sama ada sedar atau pengsan saya minta ampun & maaf ya . 

Kadang- kadang kita memang tak sedar apa yang kita buat kalau tak ada yang tegur atau ingatkan kita. Jadi sempena syawal ni kita tarik nafas hembus & cuba positifkan diri kita , ikhlaskan hati , lupakan semua yang dah berlalu dan buka buku baru ya ! Semoga semuanya bergumbira di hari raya ini . Berhati - hati pulang ke kampung . Selamat beraya & selamat bergaya (:




2 comments:

  1. nasib baik hari tu u langgar bahu then cakap sorry.. :P

    ReplyDelete